ENGKAU

Posted on May 15th, 2007 in Uncategorized by nadirani-musafir

Aku ingin menjadi seperti engkau. Kerana engkau hebat.

Engkau seorang yang hebat kerana dapat menjaga syariat walau dalam apa jua keadaan. Berprogram, bermesyuarat, bersukan dan apa jua aktiviti yang egkau sertai, engkau masih mengutamakan syariat. Waktu solat, pergaulan, tatatertib, adap sopan sebagai seorang muslim tidak tercemar walau apa jua kedaan yang engkau lalui. Hebatnya engkau.

Walau masa engkau penuh diisi dengan program-program tertentu, engkau masih tidak melupakan al-Quran. Malah masa untuk membacanya adalah lebih utama. Tiada apa yang boleh mencuri masa engkau untuk membaca al-Quran. Hebatnya engkau.

Engkau tidak kisah apa tanggapan orang terhadap engkau jika engkau tidak menyertai mereka dalam gelak ketawa dan gurau senda yang melalaikan. Namun, engkau masih menjaga hubungan dengan mereka untuk mengelakkan agama engkau difitnah sebagai agama yang tidak mesra. Sesekali jika engkau alpa, cepat-cepat engkau memohon taubat. Engkau redha bahawa hamba tidak pernah lari dari tidak membuat dosa. Maka taubat engkau bayar sebagai ganti. Tidak pernah sekali engkau berbangga dengan dosa. Hebatnya engkau.

Mereka menyanyi, engkau juga menyanyi. Bermesyuarat juga macam biasa. Sukan juga begitu. Tapi syariat tetap syariat, engkau pelihara dengan cermatnya. Yang utama pelu diutamakan. Hebatnya engkau.

Walupun ramai dari mereka yang tidak faham malah pernah menganggap engkau sombong, namun engkau tetap sabar dan redha. Yakin dengan mengutamakan syariat akan beroleh kebaikan membuatkan engkau lebih tabah menjaganya. Itu akan membuatkan engkau tidak peduli dengan kata-kata serta umpatan mereka.

Namun, lemahnya iman aku kerana tidak boleh menjejaki langkah engkau.
Persoalannya bilakah aku boleh menjadi seperti engkau.
Bagaimana engkau menjaga waktu solat, tutur kata, pergaulan, adap sopan, dan mahmudah yang lain membuatkan aku bertambah tertarik untuk bersikap seperti engkau.

Kerana engkau hebat. Aku ingin menjadi seperti engkau.




3 Responses to 'ENGKAU'

Subscribe to comments with RSS

  1.    Yeop said,

    on May 15th, 2007 at 5:21 am

    Gini ana pun nak jadi seperti ENGKAU.

  2.    'abyd aar said,

    on May 15th, 2007 at 6:14 am

    kagum dalam sepi.
    nak jadi macam ENGKAU.. nak jadik!!

  3.    -tiNkY wiNky- said,

    on May 16th, 2007 at 12:33 am

    ENGKAU memang hebat…

Post a comment